Logo Majlis Daerah Beaufort - Sabah

Pengenalan;

Majlis Daerah Beaufort, setakat tahun 2018 diketuai oleh En. Mohd Ainol Bin Mohd Dun sebagai Pegawai Eksekutif, N44.

Terdapat 5 bahagian di Majlis Daerah Beaufort iaitu, Bahagian Pentadbiran yang diketuai oleh En. Heyuh Yantiuh, Bahagian Kewangan diketuai oleh Puan Carolynn, Bahagian Kejuruteraan diketuai oleh Lim Hock Shiong, Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar diketuai oleh Puan Nurshahila dan Bahagian Penguatkuasaan yang diketuai oleh En. Yuzeirul.

Bahagian Pentadbiran berfungsi untuk mentadbir perjalanan Majlis Daerah Beaufort, sebagai urusetia Jawatankuasa yang diwujudkan di Majlis Daerah Beaufort, sebagai pegawai perhubungan awam, pengurusan personal dan perkhidmatan, perolehan peralatan, mengurus latihan kakitangan dan sebagainya.

Bahagian Kewangan pula melaksanakan pengurusan dan pentadbiran kewangan mengikut peraturan dan prosedur Arahan Kewangan Kuasa-Kuasa Tempatan, melaksanakan pengutipan pelbagai hasil Majlis, melaksanakan pembayaran gaji kakitangan, perbelanjaan pengurusan dan pembangunan serta melaksanakan perkhidmatan perakaunan kepada Majlis Daerah Beaufort.

Bahagian Kejuruteraan berfungsi untuk menyelaras dan mengawal pembangunan dalam kawasan Majlis, menyelaras dan merancang projek pembangunan Majlis, menyelenggara kemudahan awam, menyelia harta benda Majlis dan mengurus mesyuarat yang berkaitan.

Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar (dahulunya dikenali sebagai bahagian menrinyu dan kesihatan) bertanggungjawab ke atas pembersihan dan pengindahan halaman, bertanggungjawab ke atas perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.

Bahagian Penguatkuasa berfungsi untuk menguatkuasakan semua undang-undang kecil Majlis, menguatkuasakan "Building by Law 1951", Penguatkuasaan Dog Ordinance, 1960 dan menyelaras penguatkuasaan semua udang-undang dan peraturan yang dikuatkasakan oleh Majlis.

Link Sumber:

Alamat:

Majlis Daerah Beaufort,

Peti Surat 181,
89808 Beaufort, Sabah.
Telefon: 087-211 550 / 224 760
Faksimile: 087-211 539