Logo Majlis Perbandaran Sandakan - MPS


Majlis Perbandaran Sandakan - MPS

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mula-mula wujud di Sandakan adalah SANDAKAN SANITARY BOARD. Kemudian diganti dengan LEMBAGA BANDARAN SANDAKAN (Sandakan Town Board) yang ditubuhkan pada 16 Disember 1961 iaitu sebaik sahaja berkuatkuasanya Local Government Ordinance, 1961.

Seorang Pegawai Kerja yang dilantik di bawah Seksyen 69, Ordinan berkenaan mengetuai pentadbiran Lembaga ini. Pengerusi Lembaga bukanlah seorang pegawai sepenuh masa Lembaga Bandaran atau Perkhidmatan Awam. Bagaimanapun, selaras dengan pemansuhan jawatan Residen Sandakan pada 1 Januari 1979, jawatan Pengerusi telah diambil alih oleh bekas Residen, seorang pegawai dari Perkhidmatan Awam dengan menggunakan geralaran jawatan "Pesuruhjaya".

MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN telah diwujudkan setelah percantuman Lemabaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Gelaran jawatan "Pesuruhjaya" telah diganti dengan "Presiden" manakala "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha".

Pada 1 Januari 1984, PEJABAT DAERAH SANDAKAN telah dimansuhkan oleh kerajaan Negeri dan beberapa tugas dan tanggungjawab diambil alih oleh Majlis Perbandaran Sandakan dan bekas Pegawai Daerah menjadi "Timbalan Presiden.


KAWASAN PENTADBIRAN

Majlis Perbandaran Sandakan mentadbir kawasan seluas 875 batu persegi. Bagi tujuan percukaian kawasan ini dibahagi kepada :

Bandar - 46 batu persegi
Separa Bandar - 56 batu persegi
Luar Bandar dan Laut -773 batu persegi


JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

Majlis Perbandaran Sandakan mempunyai beberapa Jawatankuasa dengan tugas-tugasnya masing-masing seperti tersenarai dalam "Standing Orders".

Jawatankuasa Kewangan dan Keperluan Am
Lembaga Tawaran
Jawatankuasa Perancangan Bandar
Jawatankuasa Kesihatan Awam
Jawatankuasa Pelan Bangunan
Jawatankuasa Penghiasan Bandar
Jawatankuasa Pelesenan
Jawatankuasa Lalulintas
Jawatankuasa Lebuhraya dan Kemudahan Awam
Jawatankuasa Tamu
Tribunal Rayuan Cukai
Mesyuarat Majlis Penuh diadakan sebulan sekali untuk menerima laporan-laporan Jawatankuasa dan membuat serta meminda dasar, sesuai dengan kuasa yang diberikan kepadanya.


MPS SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN

Selain menjalankan fungsinya sendiri, Majlis Perbandaran Sandakan juga menjadi Urusetia kepada beberapa Jawatankuasa sama ada yang tetap ataupun yang dibentuk semata-mata untuk melaksanakan sesuatu perkara yang sementara bagi pihak Kerajaan seperti membuat persiapan bagi lawatan orang kenamaan ke Sandakan.

Antara Jawatankuasa yang berurusetia di Majlis ini adalah Jawatankuasa Tindakan Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Daerah, Jawatankuasa Bencana Alam dan beberapa lagi.


PENDAPATAN

Bagi melaksanakan fungsi-fungsinya, Majlis Perbandaran Sandakan memperolehi pendapatan dalam bentuk :

Cukai yang dikenakan
Yuran, pembayaran dan sewa
Denda disebabkan pelanggaran Undang-Undang Kecil
Pembayaran dan keuntungan dari sesuatu perniagaan atau perkhidmatan
Faedah daripada simpanan kewangan
Sumbangan, bantuan kewangan dan sebagainya daripada Kerajaan
Pendapatan dan Perbelanjaan Majlis ini adalah berdasarkan kepada Anggaran Tahunan yang diluluskan oleh Menteri Kerajaan Tempatan.

Link Sumber

Alamat:
Peti Surat 221, 90702, Sandakan Sabah

Telefon: 089-275400
Fax: 089-272112
WhatsApp: 019 891 7624


Update: Ogos 2019