Jabatan Perikanan Malaysia - Dibawah Kementerian Pertanian & Industri Makanan

 


Penerangan.

Jabatan Perikanan sebagai Peneraju Transformasi yang sentiasa berusaha untuk mencapai pembangunan dan permodenan dalam sektor perikanan. Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Dalam melaksanakan misi tersebut, Jabatan memberi tumpuan kepada usaha yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya selain usaha yang dapat meningkatkan visibiliti  Jabatan dengan memperkasakan program/ projek baru dan sedia ada melalui perkongsian pintar di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudah cara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, perkhidmatan, program, perangkaan, dan maklumat umum mengenai Jabatan. Lantaran itu juga, laman web ini telah disusun sebagai sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.