Persatuan Industri Keselamatan Malaysia - PIKM

 


Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pertubuhan ini dianggotai syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Sehingga Mac 2019 keahlian PIKM berjumlah 794 syarikat kawalan keselamatan yang beroperasi di seluruh negara.

OBJEKTIF
Sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PIKM, objektif persatuan ialah :

1.    Menyatukan dan menggembleng semua syarikat kawalan keselamatan dalam satu pertubuhan kebangsaan.

2.    Mewujudkan persefahaman dan permuafakatan antara ahli serta menjadi saluran perkongsian sumber-sumber ke arah memajukan industri kawalan keselamatan.

3.    Mempertingkat keupayaan dan profesionalisme ahli-ahli dalam melaksanakan perusahaan perkhidmatan kawalan keselamatan menerusi pelbagai kegiatan pendidikan, latihan, penataran maklumat dan peningkatan kesedaran terhadap undang-undang, peraturan, garis panduan dan kod etika industri.

4.    Mewakili ahli-ahli dalam perundingan dengan pihak berkuasa berkenaan, pengguna perkhidmatan kawalan keselamatan, media dan orang awam.

Laman WEB : pikm.my